Saturday, 4 January 2014

Percutian 2013

Buat pertama kali, kitorang melancong ke tempat orang iaitu Jakarta...... Selalunya kitorang kalau melancong pergi Kuala Lumpur, Langkawi, Melaka, Sabah... hanya dalam Malaysia dimana kita tak memerlukan Passport. Untuk julung kalinya, kitorang merancang hendak melancong ke negeri diluar dari Malaysia. Pada mulanya kitorang bercadang hendak ke Bandung tetapi setelah berfikir beberapa kali, kitorang memilih ibu negara Indonesia iaitu Jakarta. Disana kitorang tak bercadang untuk menggunakan tour guide, jadi segala persiapan seperti tempat penginapan diuruskan sendiri manakala pengangkutan sepanjang kitorang kat sana, kitorang menyewa kereta berserta dengan supirnya sekali.

14 December 2013( Hari Keberangkatan ke Jakarta) - Dari Sibu ke Kuala Lumpur, kitorang menggunakan penerbangan MAS, flight kami akan bertolak pada pukul 11.30 pagi dan tiba di Kuala Lumpur pada 1.20 petang.

Bergambar selepas check in baggage

Menunggu untuk masuk ke bilik Perlepasan





menunggu detik untuk masuk ke pesawat

Sebaik saja, kitorang tiba di Kuala Lumpur.... kitorang terpaksa check in sekali lagi untuk penerbangan yang seterusnya iaitu Jakarta . Untuk penerbangan seterusnya kitorang terpaksa menunggu selama 3 jam tetapi disebabkan oleh procedur untuk check in, 3 jam di KLIA rasa seperti sejam aje.... disebabkan perlu berbaris untuk check in luggage dan menukar wang di Money Exchange, kitorang tak sempat makan. Kebanyakan masa kami dihabiskan semasa mengambil luggage dan check in luggage untuk penerbangan ke Jakarta. Ini disebabkan terlalu ramai orang yang check in luggage seperti kami.

Pada jam 4.30 petang, kitorang berangkat ke Jakarta, penerbangan mengambil masa 2 jam dari KLIA ke Jakarta Soekarno-Hatta Airport. Jika mengikut waktu Malaysia, kami dijangkakan tiba di Jakarta tepat jam 6.30 malam, akan tetapi, disebabkan perbezaan waktu, jam di Indonesia adalah lewat 1 jam dari waktu di Malaysia... jadi kami tiba di Jakarta pada pukul 5.30 petang waktu Jakarta. Sebelum menaiki pesawat, aku sempat mengalami pengalaman dimana kitorang tak boleh membawa air minuman masuk ke dalam bilik pelepasan, terpaksalah minum air tu sebelum dirampas, nasib baik minyak wangi tak dirampas sebab minyak wangi kitorang kurang dari 100ml kalau lebih.... berair air mata.... selepas pemeriksaan pihak kastam, kitorang berbaris untuk masuk ke dalam bilik perlepasan, akan tetapi sebelum kitorang masuk, kitorang diberi 2 jenis borang untuk diisi. Macam biasalah, kalau kita pergi luar negara mestilah isi borang tu..... kalau hilang, huh, kena denda....

Pada pukul 7.30 petang waktu Jakarta, kitorang pun tiba..... seperti biasa, kenalah ikut procedur diorang, bagi penumpang antarabangsa terpaksa ke kaunter khas bagi mengecop passport serta menyerahkan borang yang diisi tadi kepada pihak kastam.  Selepas itu, keluar dari bangunan selepas hand luggage discan.... masa kitorang keluar dari bangunan keadaan diluar dah malam..... ini bermakna di Jakarta lebih cepat waktu malam berbanding di Malaysia. Untuk ke hotel, kitorang menyewa kereta bersama dengan supirnya dengan kos, Rh 300,000 nampak macam mahalkan... bilalah masa kita nak memegang duit berjuta-juta....... Perjalanan ke hotel, boleh tahan juga.... kalau korang jenis yang takut memandu, huh, takyahlan pikir nak bawa kereta macam kita menyewa kereta kat Langkawi, Kalau korang berhenti kat simpang, sampai esok pun tak keluar.... bayangkan jalan tu ada 2 lane, kat Jakarta lane yang 2 tu boleh jadi 3 lane... jarak kereta antara satu sama lain, fuh.. menakutkan..... perjalanan pun boleh tahan jauh, ini disebabkan 'macet' atau Jam.... Apabila kitorang tiba dihotel, kitorang dilayan dengan baik biarpun menghadapi sedikit masalah dalam komunikasi. Memandangkan kitorang belum lagi makan biarpun dah makan semasa penerbangan tadi, kitorang merancang untuk mencari tempat untuk menjamu selera dan membeli beberapa barangan makanan untuk dimakan di hotel.







15 December 2013(Hari Kedua di Jakarta) - untuk hari kedua nie, kitorang bercadang-cadang untuk ronda-ronda sekitar bandar Jakarta, jadi kami menyewa kereta bersama dengan supirnya dengan kos Rh 700,00 selama 12 jam. Sepanjang hari, kami dibawa oleh supir ke tempat-tempat pelancongan yang terdapat di Jakarta. Tempat pertama kami tuju ialah Monas, suasana di Monas terlalu sesak, ini kerana terdapat lawatan dari sekolah-sekolah dan juga pelancong2 yang datang. Disana kami sempat membeli sedikit cenderamata dan topi...... selepas itu, untuk menghabiskan 12 jam, supir telah membawa kami ke Taman Mini, dimana kami sempat menggunakan kereta kabel untuk melihat keseluruhan taman Mini dan juga ke Mangga Dua, tetapi tidak lama sebab banyak kedai dah tutup. Selepas itu, kami menggunakan kesempatan untuk mandi di Kolam Renang yang terletak di tingkat 2.


























Mangga Dua













 16 December 2013 (Hari Ketiga) - Bandung

Untuk hari ketiga, kitorang bercadang pergi ke bandung. Oleh itu, untuk satu hari kitorang akan meronda-ronda di bandung. Menurut kata orang, kain banyak yang murah di bandung, maka kami mengambil kesempatan pergi ke bandung dengan ditemani oleh Pak Supir dengan kos Rh 1,350,000.




















17 December 2013 (Hari terakhir di Jakarta) - Mangga Dua & Anchol

Untuk hari yang terakhir nya di Jakarta, kitorang mengambil kesempatan untuk ke Mangga Dua sekali lagi, memandangkan kitorang tak berkesempatan membeli barang disitu kerana kebanyakkan kedai tutup..... untuk menghabiskan masa, kitorang juga pergi ke Anchol......




















































































18 December 2013 (Balik Kuala Lumpur)

Berakhirlah sudah sukaria di Jakarta... Lain Kali datang lagi.......