Saturday, 13 June 2015

Trip to Bangkok ~ part 2

     Pada hari ketiga kitorang di Bangkok, kitorang bangun lebih awal sebab kitorang akan pergi mengembara seharian di Bangkok...... kitorang sempat bersarapan dan bersiap sedia sebelum driver kitorang datang menjemput kitorang pada pukul 8.00 pagi. Kami memulakan perjalanan menuju ke arah Hua Hin sebab destinasi kami banyak dikawasan tersebut......Perjalanan menuju ke destinasi kitorang mengambil masa hampir 2 jam.... sempat tidur kitorang dalam van...... sebelum kitorang menuju ke destinasi kitorang, kitorang dihantar ke Thanachart Bank yang terletak berdekatan dengan destinasi kitorang....... Selepas itu, destinasi pertama kami ialah Elephant Village.....
Elephan Village
  




    Semasa berada di Elephant Village, kitorang berupaya melihat gajah dari dekat malah kitorang boleh menyentuh gajah tersebut malah kitorang boleh mengambil gambar bersama-sama dengan gajah tersebut. Mula-mula hasrat dihati nak naik gajah tapi takde sorang pun nak naik..... lagipun kalau nak naik gajah, kitorang perlu bayar sekurang-kurangnya 600 baht tambah dengan 200 baht untuk membeli buah pisang untuk makanan gajah itu nanti...... jadi kitorang cuma bergambar sahaja dengan gajah tersebut, kitorang cuma perlu membayar 200 baht sahaja....... keadaan cuaca kat Bangkok begitu panas sehingga mencecah 42 darjah celcius........ jadi untuk melegakan tekak sebab terlalu panas... kitorang pun membeli aiskrim kelapa.... harganya dalam lingkungan 60 baht..... sodap.... bukan bermaksud Sibu takde ais krim kelapa tapi takde stail camni......
     Kami meneruskan perjalanan ke Floating Market yang terletak bertentangan dengan Elephant Village...... disini kitorang terpaksa menyewa perahu sebanyak 2500 baht selama 1 jam. Mula-mula risau juga takut tak muat... yelah kan, kitorang nie saiz ++ kan........ nasib baik muat dan selamat... asalkan jangan banyak bergerak........ lama dah tak pakai perahu, seronok pulak.......kitorang dihantar dari sebuah kedai ke sebuah kedai... yang best nyer, kitorang tak perlu keluar dari perahu jika nak membeli barang...... even makanan pun boleh diorder terus dari perahu... sebab penjual tu memang berjual dari dalam perahu diorang.... malah kedai yang menjual barang pun terletak di tepi sungai tu jer..... kitorang cuma perlu berhenti tepi dan melihat aje....... keseronokan makan sambil belayar tu terasa macam pergi bersantai di pantai jer....... macam-macam kitorang makan..... mula-mula tu.... kitorang makan sticky rice with mango, kemudian makan jagung bakar dan pisang bakar dan last sekali makan noodle soup with pork..... wah konyang den....... Permandangan semasa berada di Floating Market pun hebat juga......diorang memang hebat bawa perahu.... biarpun banyak perahu tapi diorang tak bergaduh pun untuk minta laluan... masing-masing saling memberi laluan biarpun saling berlanggar antara satu sama lain... tapi diorang tak berlanggar macam langgar kereta.... diorang bawa perlahan jer... cukup-cukup untuk menyentuh perahu tu jer...sebab tu diorang tak suruh kita letak tangan kat tepi perahu, takut tersepit bila bertembung dengan perahu yang lain...... selain makan, kitorang pun sempat membeli beberapa baju...... Baju I Love Bangkok pun ada, tapi harga agak mahal kalau dibandingkan dengan di pasaraya...... kitorang terpaksa bayar sebanyak 200 baht itu pun sebab kitorang beli banyak....... selain daripada itu, beli seluar gambar gajah pun ada....... selepas itu, kitorang pun balik ke tempat kitorang datang tadi, jadi sebelum kitorang bergerak ke tempat lain.... kitorang sempat membeli gambar kitorang yang diambil oleh orang semasa kitorang mula-mula naik perahu tadi...... harganya adalah dalam 200 baht berserta dengan balang yang diberi percuma.....














  


      Destinasi yang seterusnya ialah Tiger Farm tapi kitorang tak masuk, cuma bergambar kat luar je..... aku cuma beli air pepsi jer... itu pun sebab cuaca terlalu panas.......


     Kemudian kitorang pergi ke Siam Cultural Park, tapi disebabkan kitorang dah letih sangat dan tak larat nak berjalan lagi.......kitorang cuma masuk untuk bergambar jer.......















     Sebelum kitorang balik ke tempat penginapan kitorang, kami dihantar ke JJ Mall untuk membeli belah dan makan....... pada mulanya, kitorang stop kat sana nak minum kopi dahulu untuk menghilangkan mengantuk tapi alih-alih kitorang terus makan........ Sebelum kitorang berjalan ke tingkat atas, kitorang pergi ke supermarket JJ yang terletak di tingkat bawah dahulu... untuk membeli makanan untuk esok hari...... selepas itu, pergi ke tingkat atas berjalan-jalan kat tingkat atas sebentar sebab ada seseorang nak beli seluar kerana terlupa nak packing seluar lebih...... dah settle semuanya, kitorang pun balik ke tempat penginapan tapi disebabkan jalan jam.... kitorang mengambil masa yang agak lama untuk sampai ke tempat penginapan kitorang.... nasib driver kitorang tak charge extra sebab terlebih masa......

Trip to Bangkok ~ part 1

     Titik permulaan untuk memulakan perjalanan menuju ke Bangkok bermula dengan perjalanan ke Kuala Lumpur. Berdasarkan kepada dahulu, kami tak bawa banyak pakaian cuma untuk kegunaan 2 hari sahaja. Dengan itu, bila balik nanti tiadalah menghadapi masalah over luggagekan... lagipun serba maklum, bila kita pergi tempat orang, pasti kita akan membeli baju disana... jadi buat apa nak bawa dari rumah kalau kita boleh beli kat sana.... betul tak....... buat beratkan beg aje bawa banyak-banyak dari Sibu...... Kitorang berangkat ke Sibujaya untuk menjemput Meorstin pada pukul 6.00 petang sebab kitorang minta dia hantar lagipun kitorang terus tinggalkan kereta kat rumah dia kat Sibujaya.... bagi memudahkan kitorang balik kelak....... Kitorang menggunakan last flight dari Sibu ke Kuala Lumpur... perjalanan mengambil masa 1 jam 50 Minit.......

kitorang tiba di KLIA2 kira-kira pukul 11.00 malam. Bersyukur kepada Tuhan Jesus Kristus sebab menjaga kami sepanjang perjalanan kami ke Kuala Lumpur. Perjalanan ke Bangkok adalah pada esok hari kira-kira pukul 3,00 petang. Oleh itu, kitorang telah booking sebuah bilik di Tunes Hotel. Pada mulanya kitorang nak bermalam je kat airport tapi mengenangkan kitorang punya flight ialah pada pukul 3.00 petang jadi kitorang bercadang booked sebuah bilik je..... sekurang-kurangnye taklah lama sangat kitorang tunggu kat airport... lagipun masa check-out ialah pada pukul 11.00 pagi jadi kami taklah begitu tergesa-gesa pergi ke airport..... tambahan lagi.... hotel tersebut cuma mengambil 10 minit saje jika mengikut lorong yang disediakan tapi jika menggunakan jalan shortcut.... kitorang cuma mengambil masa 5 minit je dari hotel......

selepas kitorang check in di bilik 401 tingkat 4, kitorang mengambil masa menuju ke KLIA2 semula untuk mencari makanan........ kitorang berupaya membeli ayam goreng di Texas dan kemudian balik ke hotel.... tapi sebelum itu, kitorang sempat berhenti sebentar di 7- Eleven untuk mencari air minuman tapi apekan daya.... takde air... dah habis kate diorang.... terpaksa beli air lain....... Nasib baik, mummy ada bawa air sebotol dari rumah... terpaksa berkongsi minum air kosong berikut...... Selepas selesai makan malam, kitorang terus mandi dan terus tidur sebab agak letih juga perjalanan kami sehari ni...... Good Nite......

     Pada keesokkan harinya, kitorang pun memulakan perjalanan kami untuk hari kedua menuju ke Bangkok. Sebelum check out, kitorang sempat bersarapan di kedai 7-Eleven yang terletak di bawah hotel kitorang..... sempatlah kitorang minum air kopi segelas dan makan mee secawan dan bubur secawan... memandangkan dekat 7-Eleven kitorang boleh masak sendiri... bak kata orang putih self service kan... air panas ade disediakan secara free jadi gunakanlah dengan sebaik-baiknya kan...... Selepas itu, kitorang pun check out pada pukul 11.00 tapi sebelum tu, kitorang bercadang nak booking bilik sekali lagi untuk masa balik nanti... payah nak tidur kat airport yelah tak pernah kan..... Di KLIA2, kitorang cuma menukar sedikit duit sahaja di RHB Money Changer, ianya cukup untuk membayar tambang dari airport ke tempat penginapan kitorang. Sementara menunggu masa untuk drop baggage, kitorang sempat berjalan-jalan sekitar KLIA2...... sempat juga membeli kasut dekat redeye... taklah mahal sangat dalam lingkungan RM39.90 sahaja..... bukan apa nanti sakit kaki lepas bawa berjalan lama sangat...... lagipun kasut pun terlalu tinggi......sebab ngegeh sangat nak ada airport fashion kan......

Memandangkan kitorang masih perlu menunggu selama sejam lagi untuk menghantar beg, kitorang bercadang untuk mencari tempat untuk mengalas perut .... mula-mula kitorang bercadang nak makan kat KFC memandangkan kitorang masih ada 3 keping lagi voucher tapi takde tempat.... terpaksalah mencari kat tempat lain.... Nasib baik ada tempat kat Merry Browns...... dekat situ pun ada nasi juga macam kat KFC..... tapi ayam nyer begitu pedaslah..... tak dapatku habiskan takut nanti sakit perut dahlah aku nie pantang makan benda pedas.... tapi diorang punya salad... best wo.......





     Bila masa untuk drop baggage tiba, kitorang pun bersiap sedia untuk menghantar beg selepas itu bersedia untuk masuk ke Balai berlepas antarabangsa  di Gate no... Q9.......Tapi sebelum tu, kitorang sempat berhenti sebentar di Starbuck untuk minum segelas Cappucino Frappucina... beruntung betul kitorang sebab dapat voucher minuman percuma Starbuck selepas kitorang diminta untuk mengisi survey yang dibuat secara on-line...... tanpa membuang masa, kami pun terus masuk ke bilik perlepasan antarabangsa..... perjalanan ke bilik perlepasan pun boleh tahan jauhnya.... terlalu banyak rintangan yang perlu kitorang harungi......  yang paling sayang sekali, semasa kitorang scan hand luggage, kitorang terlupa nak simpan liquid kat dalam luggage.... jadi terpaksalah ZA toner ku, Garnier Toner dan Aloe Vera Gel dirampas pihak kastam.... takpelah.... halalkan jerlah barang tu lagipun tak mahal pun kalau nak beli lagi..... selepas tu, kitorang pun pergi ke gate kitorang dan menunggu seketika sehingga waktu berangkat......... Tepat pukul 15.50 petang, kitorang pun berangkatlah ke Bangkok..... malah peramugari dan peramugara dalam flight pun berbahasa Thailand..... instruction yang diorang bagi dalam bahasa inggeris pun tak berapa fahamlah tapi setiap instruction dalam setiap penerbangan semuanya sama... jadi tak de masalah nak tahu apa yang diorang nak cakap..... kitorang tiba di Bangkok tepat pukul 16.50 (masa tempatan - memandangkan perubahan masa di Bangkok adalah satu jam lewat dari masa di Malaysia. Selepas kitorang clear immigration, kitorang pun terus menuju ke tempat untuk mengambil luggage kitorang dan sempat menukar duit di money changer..... memandangkan money changer terletak berhampiran dengan tempat mengambil luggage...... tapiku sangka... nasibku baik sekali sebab duit yang ku tukar lebih dari jumlah yang sepatutnya aku terima.... masa tu aku tak perasanlah bila kitorang dah sampai dekat tempat penginapan kitorang barulah aku perasan......malang sungguh nasib orang tu, mesti teruk dier kene marah ngan boss dier... bukannya sedikit lebih... adalah dalam lingkungan seribu Baht kot......

     Selepas itu, kitorang keluar untuk mencari pengangkutan yang akan menghantar kami ke tempat penginapan kami......memandangkan kitorang seramai 8 orang maka kami perlu menggunakan kenderaan yang lebih besar dari teksi.... sekurang-kurangnya, kitorang memerlukan van untuk menampung jumlah kami yang ramai ini.... Selepas berbincang dengan Pak Cik yang menguruskan teksi, kitorang pun menggunakan khidmat mini van dengan harga 1,100 Bhat, selain daripada itu, kitorang juga mendapatkan khidmat van berserta dengan pemandu untuk membawa kami mengembara untuk esok harinya.......untuk van berserta pemandu, kitorang dikehendaki membawa 2,500 baht tapi sebelum itu, kitorang perlu memberi deposit sebanyak 500 baht..... terdapat beberapa destinasi yang dicadangkan oleh pak cik tu.....antaranya ialah floating market, tiger farm, elephant village, grand temple dan lain- lain.....Selain daripada itu, kitorang juga berupa mendapat sim kad secara percuma..... malah nombor telefon ku kat sana ialah 0946197034..... sebelum kitorang berangkat ke tempat penginapan kitorang.... sempat juga kitorang bergambar dengan pemandu van kitorang, malah van yang kitorang guna pun agak mewah daripada teksi kita kat Malaysia.... malah kebanyakan kereta yang diorang gunakan pun hanya dalam lingkungan dalam brand yang bagus macam Toyota, Hyundai, Honda, Suzuki dan banyak lagi... malah volkwagon pun ada..... Kami meneruskan perjalanan kitorang ke tempat penginapan kitorang...... iaitu Waterford Resort Sukhumvit 50........agak jauh juga perjalanan menuju ke tempat penginapan kami...... iya mengambil masa kira-kira 40 minit dari airport menuju tempat penginapan kitorang tapi kalau jam... fuh adalah mengambil masa sejam lebih....... nak bertanya tentang kawasan sekeliling pun susah sebab driver kitorang tak pandai bercakap bahasa inggeris.... malah tempat penginapan kitorang pun boleh tahan dalam sikit dari pasar...... even kalau kitorang nak pergi ke tempat berdekatan pun perlu berjalan selama 10 minit.... malah kedai yang terdekat pun macam 7- eleven pun ada dekat simpang  tempat penginapan kami..... kitorang juga boleh menggunakan khidmat "tuk-tuk" secara percuma tapi iya cuma menghantar sehingga Tesco sahaja sebab itu adalah station tempat diorang menghantar tetamu yang menginap di Waterford Resort......


     Selepas kitorang check in, kitorang menuju ke bilik kitorang yang terletak di tingkat satu...... untung sekali sebab tak perlu naik lif sebab tingkat bawah adalah parking lot.... tapi yang tak best nyer terlalu banyak nyamuk dan pintu keluar masuk agak banyak sebab kitorang ada veranda yang berpintu......

Pemandangan dari veranda kitorang
 Bilik kitorang pun memang boleh tahan..... ada 2 buah bilik, 2 buah bilik mandi, bilik makan, dapur dan bilik tetamu......... bilik kitorang mempunyai bilik mandinya tersendiri... dimana kitorang mempunyai bathtub manakala bilik tidur yang satu lagi terpaksa keluar jika ingin ke bilik mandi... tapi bilik mandi itu cuma ada shower sahaja..... kitorang apa lagi berendam dalam bathtub tu tak kira berapa lama.... hahahaaa....... tapi sebelum itu, kitorang terpaksa keluar semula sebab masa masih awal lagi untuk kitorang tidur...... jadi kitorang bercadang untuk ke Tesco untuk mengisi perut dahulu...... dan mencari barang makan untuk breakfast esok..... jadi kitorang menggunakan khidmat "tuk-tuk" yang disediakan oleh tempat penginapan kami... malah iyanya free of charge......... jika kitorang ingin menggunakan khidmat "tuk-tuk" lagi untuk pulang ke tempat penginapan kitorang, kitorang perlu tunggu di tempat ia menghentikan kami tadi........ Apabila kitorang tiba di Tesco, perkara pertama yang kitorang cari ialah tempat makan..... pada mulanya kitorang tak tahu pun yang tingkat atas ada food court, kalau kitorang tahu pun belum tahu sama ada masih buka atau tidak...... Jadi kitorang pun pergi ke salah satu kedai fast food yang terdapat kat situ..... iaitu Chester's Grill, Chester's Coffee...... untuk memesan makanan pun ada problem nya juga, kitorang tak berapa pandai macam mana nak berkomunikasi dengan diorang sebab diorang pun tak berapa pandai bertutur dalam bahasa inggeris........ kitorang diibaratkan macam orang yang kurang upaya sebab cuma menggunakan bahasa isyarat sahaja untuk berkomunikasi dengan diorang...... walau apa-apapun rintangan yang kitorang hadapi, kitorang berupaya mengorder 4 set nasi dengan berlaukkan daging babi.......dengan jumlah 512.00 baht..... memandangkan kitorang agak letih untuk berjalan-jalan disekeliling Tesco, kitorang bercadang pergi ke supermarket nya sahaja untuk mencari makanan untuk bersarapan esok pagi, Tesco ni macam Giant kita kat Malaysia, jadi memang ada menjual barangan elektrik.... jadi kitorang bercadang membeli periuk nasi jadi kitorang tak perlu pusing-pusing nak cari barang makan setiap kali.... dengan adanya periuk nasi, kitorang boleh masak mee dalam periuk nasi tu........ ianya dalam lingkungan 400.00 baht........ barangan basah diorang kat sini memang hebat.... tanpa disangka kitorang boleh melihat sejenis daging yang susah untuk dijual secara terbuka di pasaraya kita di malaysia........ iaitu daging khinzir/babi......diorang simpan macam jual daging ayam aje..... malah mince pork, rib pork, pork sausage.... boleh dikatakan macam-macam ada..... jangan katakan daging, bubur babi pun ada..... wah... besar biji mata melihatnya.... itu menunjukkan kitorang tidak akan menghadapi masalah mencari makanan di Bangkok..... cuma yang masalah nya ialah tempat untuk memasaknya... di tempat penginapan kitorang, biarpun ada dapur tapi tak ada periuk untuk kitorang masak cuma ada microwaves...... untuk pengangkutan balik ke tempat penginapan kitorang, kitorang menggunakan khidmat teksi.... biarpun kitorang dicharge 100 baht... tak kisahlah sebab kitorang dah letih sangat nak menunggu "tuk-tuk"...... tapi kalau kitorang menggunakan meter takdelah sampai 50 baht pun ......

Baru balik dari Tesco
 sampai di bilik, kitorang terus merasmikan periuk nasi yang kitorang beli... kononnye nak merasa nasi orang Bangkoklah katakan... alih-alih kitorang sekeluarga makan sekali lagi dengan berlaukkan sardin ikan.... itulah geng bam sedunia.... hahahahaha........ selepas siap mandi semua, kitorang pun tidur untuk charging tenaga untuk esok hari... sebab esok hari kitorang akan pergi banyak tempat untuk mengembara.... masa pun awal juga kitorang perlu bangun..... sebab driver kitorang akan datang pada pukul 8.00 pagi.....