Saturday, 13 June 2015

Trip to Bangkok ~ part 2

     Pada hari ketiga kitorang di Bangkok, kitorang bangun lebih awal sebab kitorang akan pergi mengembara seharian di Bangkok...... kitorang sempat bersarapan dan bersiap sedia sebelum driver kitorang datang menjemput kitorang pada pukul 8.00 pagi. Kami memulakan perjalanan menuju ke arah Hua Hin sebab destinasi kami banyak dikawasan tersebut......Perjalanan menuju ke destinasi kitorang mengambil masa hampir 2 jam.... sempat tidur kitorang dalam van...... sebelum kitorang menuju ke destinasi kitorang, kitorang dihantar ke Thanachart Bank yang terletak berdekatan dengan destinasi kitorang....... Selepas itu, destinasi pertama kami ialah Elephant Village.....
Elephan Village
  




    Semasa berada di Elephant Village, kitorang berupaya melihat gajah dari dekat malah kitorang boleh menyentuh gajah tersebut malah kitorang boleh mengambil gambar bersama-sama dengan gajah tersebut. Mula-mula hasrat dihati nak naik gajah tapi takde sorang pun nak naik..... lagipun kalau nak naik gajah, kitorang perlu bayar sekurang-kurangnya 600 baht tambah dengan 200 baht untuk membeli buah pisang untuk makanan gajah itu nanti...... jadi kitorang cuma bergambar sahaja dengan gajah tersebut, kitorang cuma perlu membayar 200 baht sahaja....... keadaan cuaca kat Bangkok begitu panas sehingga mencecah 42 darjah celcius........ jadi untuk melegakan tekak sebab terlalu panas... kitorang pun membeli aiskrim kelapa.... harganya dalam lingkungan 60 baht..... sodap.... bukan bermaksud Sibu takde ais krim kelapa tapi takde stail camni......
     Kami meneruskan perjalanan ke Floating Market yang terletak bertentangan dengan Elephant Village...... disini kitorang terpaksa menyewa perahu sebanyak 2500 baht selama 1 jam. Mula-mula risau juga takut tak muat... yelah kan, kitorang nie saiz ++ kan........ nasib baik muat dan selamat... asalkan jangan banyak bergerak........ lama dah tak pakai perahu, seronok pulak.......kitorang dihantar dari sebuah kedai ke sebuah kedai... yang best nyer, kitorang tak perlu keluar dari perahu jika nak membeli barang...... even makanan pun boleh diorder terus dari perahu... sebab penjual tu memang berjual dari dalam perahu diorang.... malah kedai yang menjual barang pun terletak di tepi sungai tu jer..... kitorang cuma perlu berhenti tepi dan melihat aje....... keseronokan makan sambil belayar tu terasa macam pergi bersantai di pantai jer....... macam-macam kitorang makan..... mula-mula tu.... kitorang makan sticky rice with mango, kemudian makan jagung bakar dan pisang bakar dan last sekali makan noodle soup with pork..... wah konyang den....... Permandangan semasa berada di Floating Market pun hebat juga......diorang memang hebat bawa perahu.... biarpun banyak perahu tapi diorang tak bergaduh pun untuk minta laluan... masing-masing saling memberi laluan biarpun saling berlanggar antara satu sama lain... tapi diorang tak berlanggar macam langgar kereta.... diorang bawa perlahan jer... cukup-cukup untuk menyentuh perahu tu jer...sebab tu diorang tak suruh kita letak tangan kat tepi perahu, takut tersepit bila bertembung dengan perahu yang lain...... selain makan, kitorang pun sempat membeli beberapa baju...... Baju I Love Bangkok pun ada, tapi harga agak mahal kalau dibandingkan dengan di pasaraya...... kitorang terpaksa bayar sebanyak 200 baht itu pun sebab kitorang beli banyak....... selain daripada itu, beli seluar gambar gajah pun ada....... selepas itu, kitorang pun balik ke tempat kitorang datang tadi, jadi sebelum kitorang bergerak ke tempat lain.... kitorang sempat membeli gambar kitorang yang diambil oleh orang semasa kitorang mula-mula naik perahu tadi...... harganya adalah dalam 200 baht berserta dengan balang yang diberi percuma.....














  


      Destinasi yang seterusnya ialah Tiger Farm tapi kitorang tak masuk, cuma bergambar kat luar je..... aku cuma beli air pepsi jer... itu pun sebab cuaca terlalu panas.......


     Kemudian kitorang pergi ke Siam Cultural Park, tapi disebabkan kitorang dah letih sangat dan tak larat nak berjalan lagi.......kitorang cuma masuk untuk bergambar jer.......















     Sebelum kitorang balik ke tempat penginapan kitorang, kami dihantar ke JJ Mall untuk membeli belah dan makan....... pada mulanya, kitorang stop kat sana nak minum kopi dahulu untuk menghilangkan mengantuk tapi alih-alih kitorang terus makan........ Sebelum kitorang berjalan ke tingkat atas, kitorang pergi ke supermarket JJ yang terletak di tingkat bawah dahulu... untuk membeli makanan untuk esok hari...... selepas itu, pergi ke tingkat atas berjalan-jalan kat tingkat atas sebentar sebab ada seseorang nak beli seluar kerana terlupa nak packing seluar lebih...... dah settle semuanya, kitorang pun balik ke tempat penginapan tapi disebabkan jalan jam.... kitorang mengambil masa yang agak lama untuk sampai ke tempat penginapan kitorang.... nasib driver kitorang tak charge extra sebab terlebih masa......

No comments:

Post a Comment